KAMI SERIUS untuk membangunkan industri komik di Malaysia. Adalah malang rasanya jika saya yang pernah menceburi bidang ini dulu dan pernah bekerja dibeberapa penerbitan komik gagal memanfaatkan kebolehan yang saya miliki, apatah lagi kerjaya saya dibidang percetakan offset sekarang sepatutnya dipergunakan ke arah memajukan industri komik ini. KELUH KESAH golongan pengkarya dibawah amat saya rasai, kerana tiadanya induvidu yang berkemampuan untuk menerbitkan karya-karya mereka. Bakat melukis yang ada dipersiakan begitu sahaja. Diharap “Komik Grafik Malaysia” dijadikan medan terbaik untuk mereka pergunakan sepenuhnya bakat mereka. KAJIAN demi kajian telah kami lakukan. Perkara pokok yang kami rumuskan ialah tentang konsep komik dan strategi pemasaran. KONSEP KOMIK yang akan kami ketengahkan ialah berbentuk “Komik Grafik Malaysia”. Ianya bertepatan dengan bidang yang saya ceburi sekarang iaitu Grafik Berkomputer dan Pengusaha Bidang Percetakan offset. Biasanya komik grafik l
KOMIK GRAFIK MALAYSIA
(Blog ini dalam proses kemaskini...)