KAMI SERIUS untuk membangunkan industri komik di Malaysia. Adalah malang rasanya jika saya yang pernah menceburi bidang ini dulu dan pernah bekerja dibeberapa penerbitan komik gagal memanfaatkan kebolehan yang saya miliki, apatah lagi kerjaya saya dibidang percetakan offset sekarang sepatutnya dipergunakan ke arah memajukan industri komik ini.
KELUH KESAH golongan pengkarya dibawah amat saya rasai, kerana tiadanya induvidu yang berkemampuan untuk menerbitkan karya-karya mereka. Bakat melukis yang ada dipersiakan begitu sahaja. Diharap “Komik Grafik Malaysia” dijadikan medan terbaik untuk mereka pergunakan sepenuhnya bakat mereka.
KAJIAN demi kajian telah kami lakukan. Perkara pokok yang kami rumuskan ialah tentang konsep komik dan strategi pemasaran.
KONSEP KOMIK yang akan kami ketengahkan ialah berbentuk “Komik Grafik Malaysia”. Ianya bertepatan dengan bidang yang saya ceburi sekarang iaitu Grafik Berkomputer dan Pengusaha Bidang Percetakan offset. Biasanya komik grafik lebih diminati kerana mengutamakan rekabentuk menarik yang menarik minat pembaca.
STRATEGI PEMASARAN yang kami rancang, tidak melibatkan orang tengah (pengedar). Kami sendiri (penerbit) akan bertindak berunding sendiri dengan kedai buku yang betul-betul berminat untuk menjual “Komik Grafik Malaysia”. Apa salahnya komisen kepada pengedar kita tukar jadi honorarium kepada pengkarya sebagai galakan untuk serius dalam bidang perkomikan. Ianya selaras dengan hasrat kami untuk memartabatkan komik di Malaysia dengan menjadikan “Komik Grafik Malaysia” sebagai ONE-STOP pengkarya untuk cari makan.
PEMASARAN (Langkah 1) : Komik akan dipasarkan melalui grup peminat komik diinternet. Keutamaan diberi kepada grup yang mempunyai ahli yang ramai. Ada beberapa grup yang mempunyai ahli sehingga 5,000 orang atau lebih dan merupakan prospek yang besar. Kebanyakkan dari mereka merupakan peminat setia yang akan jadikan komik sebagai koleksi simpanan mereka. Peminat-peminat komik di grup peminat komik akan ditawarkan menjadi “Comic Shop”, dimana mereka boleh menambah pendapatan mereka sendiri.
PEMASARAN (Langkah 2) : Perkembangan jual beli atas talian akan kami pergunakan sepenuhnya untuk memajukan industri ini. Kami sedang berusaha membangunkan laman web (seperti Lazada, Shopie dsbnya) khusus untuk memasarkan komik melalui tunjuk ajar Shopievo. InsyaAllah dalam masa setahun dari sekarang setelah komik-komik bercetak berjaya dikumpul, laman web khusus untuk “KOMIK” akan berada diatas talian di Malaysia.
PEMASARAN (Langkah 3) : Komik Grafik Malaysia akan diselitkan dengan sedikit rencana berbentuk pendidikan. Identiti komik “irama Malaysia” diutamakan. Tiada tarikh siaran dan sesuai dibaca sampai bila-bila. Komik-komik didalamnya tidak mengandungi lukisan yang menjolok mata. Jadi ianya amat sesuai dibaca oleh pelajar sekolah. Komik Grafik Malaysia boleh dijual dan dijadikan buku rujukan di Pusat Sumber Sekolah. Ianya juga sesuai untuk dijual dipameran / expo buku pendidikan.
*Gambar diatas cuma sekadar hiasan
Ulasan
Catat Ulasan